Ahad, 29 Ogos 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah,akhirnya Jan berjaya mencipta blog baru dan dapat menulis lagi.Terima kasih kepada kak bihah dan atikah kerana banyak membantu Jan dalam menyelesaikan masalah ini.Jasa kalian takkan Jan lupakan.Selesai sudah penghantaran blogspot baru Jan ke dalam blogspot rakan-rakan dan juga cikgu Nasrol.Betul kata orang,tangga itu pintu kejayaan.Terima kasih ya Allah

SELAMAT HARI RAYA

Selamat menyambut lebaran ye..wahh,ramai rakan-rakan yang dah blik ke kampung.......Sedapnyer..tidak sabar rasanya untuk makan masakan ma......Kirim-kirimlah duit raya ye kat Jan................hehe

Semanis Madu,Sepahit Hempedu

CINTA...
Datangnya tanpa diundang
Perginya tanpa diizini
Tanpanya hidup ini terasa sunyi
Adakah cinta itu bahagia atau derita?
CINTA
Ibarat sucinya seperti cinta ADAM dan HAWA
Agungnya seperti SYAH JAHAN dan MUMTAZ
Pengorbanan seikhlas ROMEO dan JULIET
Hebatnya seperti LAILA dan MAJNUN
CINTA
Manusia alpa kerana cinta
Manusia sanggup mempertaruhkan nyawa kerana cinta
Manusia sanggup renangi lautan api kerana cinta
Manusia sanggup berkorban apa sahaja kerana cinta
CINTA
Cinta itu amat berharga daripada emas dan permata
Cinta itu apabila menjadi musuh,bagaikan sembilu yang menusuk di kalbu
Bagaikan kata-kata yang merentap jiwa
Cinta itu dukakah atau bahagiakah?
CINTA
Namun ingatlah wahai manusia,
Cinta kepada Pencipta adalah cinta terindah
Cinta kepada ALLAH tidak akan sia-sia
dan Cinta kepada Rasulullah adalah segala-galanya

Perginya Ramadan Tibanya Syawal

Salam..Ramadan semakin meninggalkan kita..Syawal pula menduga kesabaran kita yang menantikan kedatangannya..Perginya Ramadan membuatkan kita berasa amat pilu..kadang-kadang terdetik juga di hati ini,adakah Jan masih akan diberi peluang untuk menyambutnya pada masa hadapan?Perjalanan waktu amat pantas sekali…pejam celik pejam celik hampir sebulan Jan di UUM.Kegembiraan dan kesedihan bercampur aduk.Gembira kerana kawan-kawan menerima diri ini dan sedih kerana mengingati keluarga yang berada di kampung.Namun Jan sedar bahawa tanggungjawab diletakkan di atas bahu Jan.Jan harus bangkit dan kuatkan semangat untuk mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik.Jan sedar bukan semua orang diberi peluang untuk menuntut ilmu di Unversiti Utara Malaysia ini..Jan amat bersyukur kepada Allah SWT atas limpah dan kurnianNya kepada diri ini.Kepada sahabat-sahabatku sekalian,janganlah sesekali berasa rendah diri dan berputus asa atas setiap dugaan yang menimpa kita kerana disebalik setiap dugaan pasti akan ada hikmahnya.Sekian..SELAMAT HARI RAYA (Cikgu,nak duwet raya)hehe…

Luahan Hati

Sedihnya,Jan kena buat blog yang baru.Mintak maaf kepada cikgu Nasrol dan juga kepada sahabat-sahabat Jan kelas pengantar penulis atas kesilapan yang tidak dapat dielakkan.Jan harap menerusi blog ini,kita akan sama-sama menambah dan menimba ilmu