Ahad, 29 Ogos 2010

Perginya Ramadan Tibanya Syawal

Salam..Ramadan semakin meninggalkan kita..Syawal pula menduga kesabaran kita yang menantikan kedatangannya..Perginya Ramadan membuatkan kita berasa amat pilu..kadang-kadang terdetik juga di hati ini,adakah Jan masih akan diberi peluang untuk menyambutnya pada masa hadapan?Perjalanan waktu amat pantas sekali…pejam celik pejam celik hampir sebulan Jan di UUM.Kegembiraan dan kesedihan bercampur aduk.Gembira kerana kawan-kawan menerima diri ini dan sedih kerana mengingati keluarga yang berada di kampung.Namun Jan sedar bahawa tanggungjawab diletakkan di atas bahu Jan.Jan harus bangkit dan kuatkan semangat untuk mengubah nasib keluarga ke arah yang lebih baik.Jan sedar bukan semua orang diberi peluang untuk menuntut ilmu di Unversiti Utara Malaysia ini..Jan amat bersyukur kepada Allah SWT atas limpah dan kurnianNya kepada diri ini.Kepada sahabat-sahabatku sekalian,janganlah sesekali berasa rendah diri dan berputus asa atas setiap dugaan yang menimpa kita kerana disebalik setiap dugaan pasti akan ada hikmahnya.Sekian..SELAMAT HARI RAYA (Cikgu,nak duwet raya)hehe…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan