Jumaat, 3 September 2010

FILEM BOHSIA








Jan memilih filem ini kerana filem ini sangat bersesuaian dengan keadaan sosial  yang berlaku dalam kalangan remaja sekarang.
            Filem bohsia mengisahkan tentang dua watak yang berbeza namun berada dalam keadaan yang sama.Tasha(Salina Saibi) dan Amy(Nabila Huda) merupakan remaja yang terpengaruh dalam dunia 'rempit dan bohsia' kerana desakan hidup dan keadaan ibu bapa yang tidak menunjukkan moral-moral yang baik terhadap anak-anak mereka.Misalnya bapa kepada Tasya (Nasir Bilal Khan) merupakan seorang yang pemabuk dan selalu bermain judi.Lebih malang lagi,bapa Tasya pernah merogal Tasya semasa Tasya berada di sekolah menengah.Hal ini membuatkan Tasya berasa tertekan lalu memilih jalan hitam iaitu menyertai geng-geng rempit.Tasya mempunyai pakwe bernama Acai (Shaheizy Sam).Acai merupakan seorang yang pantang dicabar manakala Amy juga mempunyai pakwe yang suka bercakap besar iaitu Muz (Shamsul Yusof).Kedua-dua pakwe mereka ini dan mereka sendiri tidak sehaluan dan sering bertengkar..
Di atas merupakan serba sedikit sinopsis tentang filem bohsia arahan Shamsul Yusof..Filem ini merupakan filem yang telah mencapai Box-Office.
            Tujuan Jan memilih untuk membuat ulasan mengenai filem ini ialah kerana Jan ingin mengetengahkan masalah dan isu sosial di kalangan remaja.Para penonton boleh melihat dengan jelas bahawa filem ini mengatakan tentang punca berlakunya kes-kes sosial dalam kalangan renaja adalah disebabkan oleh pengaruh ibu bapa.Sesungguhnya ibu bapa sepatutnya memberikan contoh yang baik kepada anak-anak-anak bukannya teladan yang buruk.Contohnya,watak Nasir Bilal Khan,sebagai seorang bapa yang sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga anaknya,Tasya yang telah kehilangan ibu tidak bertindak sewajarnya kerana dia telah merogol Tasya yang masih bersekolah.
           Filem ini juga menunjukkan bahawa pentingnya untuk kita berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan contohnya,Amy yang berasa  marah dengan Muz telah pergi kepada Acai dan sanggup menyerahkan tubuh kepada Acai dan rakan-rakannya semata-mata kerana inginkan dadah.
           Jan ada juga terfikir tentang reaksi orang ramai apabila filem ini ditubuhkan namun bagi Jan tiada salah sekiranya kita sebagai penonton lebih bersikap realistik dan memandang kepada kesan positif berbanding negatif kepada jika kita benar-benar memahami filem ini,kita akan dapat mencari punca-punca masalah sosial dalam kalangan remaja masa kini.

2 ulasan:

  1. salam....wah..awal submit....
    akak xtengok lagi filem ni..
    boleh pinjam CD..?? he3

    BalasPadam
  2. boleh akak..t jan bagi dvd kat akk ekk...best oo citer nie..sempoiiiiiiiiii

    BalasPadam